Monday, 26 March 2018

Tips Mendidik Anak Berakhlak Terpuji

Di era modenisasi kini, ibu bapa lebih cenderung mendidik anak menjadi pintar dengan bantuan gadget, alat elektronik, dan sebagainya. Namun begitu, anak-anak juga perlu dididik dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi agar mereka membesar dengan menjadi insan yang berakhlak mulia dan menyenangkan hati.

Kasih sayang anak dengan ibu ayah tiada tolok bandingnya dan membawa ke Syurga.


Kadang kala, mereka leka bermain dengan gadget hingga tidak menghormati orang tua dalam rumah. Fenomena ini apabila berlarutan, ia bakal menjejaskan hubungan baik anak-anak dengan ibu bapa, justeru lebih sukar untuk memantau aktiviti mereka.

Waima itu, apabila jurang antara ibu bapa dan anak semakin besar, anak-anak akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya malah lebih teruk, mereka boleh dihanyut ke arah lembah kehinaan dengan jenayah sosial remaja dinihari.

Jom kita terjah antara tips yang boleh dipraktis oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak kesayangan mereka agar membesar dengan berakhlak terpuji dan bijak pandai:
.
1) Ibu bapa sebagai Role Model – Hormati orang yang lebih tua
→Ibu bapa haruslah sentiasa mempamerkan teladan dan adab yang baik terhadap orang yg lebih tua agar mereka sedar kepentingan menghormati orang lain. Tamsilnya, ibu bapa haruslah menghormati dan memuliakan orang tuanya agar anak-anak menyedari betapa tingginya nilai ibu ayah dalam kehidupan.


2) Didik anak-anak mempunyai rasa empati kpd insan yang memerlukan
→Ibu bapa perlulah mendidik hati anak-anak agar punyai rasa empati kepada insan yang memerlukan dan suka membantu meringankan beban orang lain. Apabila anak-anak sering dididik sebegini, mereka akan berasa puas dan seronok membahagiakan orang lain dengan memudahkan urusan mereka. Secara tidak langsung, mereka akan terdidik untuk selalu berbaik hati kepada orang lain dan mengalah demi kebahagiaan mereka yang memerlukan. 


3) Sentiasa mengisi jiwa anak-anak dengan pengisian spiritual yang baik
→Ibu bapa perlu rajinkan diri memberi pendedahan spiritual kepada anak-anak agar jiwa mereka sentiasa terdorong untuk melakukan kebaikan. Hati anak-anak lebih lembut dan mudah dilentur jika sering didedahkan dengan nilai-nilai spiritual yang baik.


4) Tegas membetulkan kesalahan yang mereka lakukan
→Buang sikap marah, anak-anak hanya akan menghormati anda atas dasar takut bukan hormat. Jika anak berbohong, beritahu mereka dengan tegas akibat buruk dari kesilapan yg mereka lakukan. 


5) Sering menceritakan buku cerita dongeng
→ Buku cerita tersebut mengandungi banyak nilai-nilai murni yang dapat kita ceritakan kepada anak-anak agar mereka sedar pedoman dan tauladan yang perlu mereka praktiskan dalam kehidupan seharian.


Didiklah anak-anak menjadi insan yang berguna dengan penuh kasih sayang.

Semoga anak-anak anda membesar dengan baik dan dijadikan insan-insan yang terpilih punyai akhlak yang terpuji dan menyenangkan orang lain. 

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"

No comments: