Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadan :)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan."


Assalamualaikum. Allahu Ramadan berkunjung lagi :') Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah kita terpilih untuk menempuh Ramadan lagi untuk tahun nie. Detik ketika ini. Renung balik Ramadan kita yang lepas. Lalu fikir. Bagaimana untuk kita tingkatkan darjat puasa kita untuk tahun ni? Adakah kita sekadar berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata? Sedangkan puasa yg dituntut Allah adalah puasa yg mampu tingkatkan rohani dan menahan nafsu.


Ramadan, Maher Zain

Berapa ramai pula yg terus bergelumang dgn dosa pada bulan yg mulia ini? Walhal syaiton nirrojim digari sepanjang bulan ini.

Perlukah nafsu beraja dalam hati kita? Allahu. Siapalah kita bagi melawan perintah Allah SWT? :( Dia yg menciptakan segala sesuatu. Malahan tubuh kita sendiri segala milik kita di dunia nie hanya pinjaman dari Allah. Kita tidak punya hak atas apa-2 pun. Malah, terdapat hak orang lain di dalam harta pendapatan kita. Hak orang miskin, anak yatim.

Ingatlah! Diri kita amat hina, hanya takwa yg mengangkat martabat diri menjadi mulia di sisi Allah SWT.

Tanam azam untuk Ramadan. Anggap Ramadan kali ini bakal menjadi yg terakhir untuk kita. Beribadat bersungguh-sungguh agar dapat upgrade iman, setting amal, improve taqwa, delete dosa. Programkan diri untuk beribadat dengan tekun. Tanamkan equation,

Ramadan = Taqwa , 
Puasa = Taqwa.

Jadikan Ramadan sebagai platform untuk kita jadi orang yang baru. Hijrah ke arah kebaikan. Jadi yang terbaik. Untuk menjadi khalifah yang terunggul, bermanfaat untuk umat manusia di muka bumi ini. Angkat nama Islam! Laungkan.

Bila Syawal nak menjelang tiba, banyak persiapan yang kita sediakan. Apa persiapan kita untuk menghadapi bulan mulia ya Ramadan?

Kita sepatutnya senaraikan amal apa yang kita nak kerjakan di bulan mulia ini, sambut Ramadan dengan hati yg bersih. Biar kita lajuuuuuuu nak buat ibadah dengan Allah SWT.


  • Aku nak khatam al-Quran pada bulan Ramadan ni!
  • Aku nak jadi tetamu Allah SWT pada malam Lailatulqadar-Nya nanti!
  • Aku nak Qiamullail tiap malam!


Pasang niat! Allah yang akan tentukan. Allah yang akan kurniakan jalan. Jangan segan minta kepada Allah. Doa.

Bergembiralah dengan kedatangan Ramadan. Basahkan hati kita dengan janji-janji Allah, yang mana segala amalan yang dilakukan anak Adam, kebaikan akan diperolehi, kecuali puasa. Sesungguhnya Allah maha Kaya lagi maha Pengampun.

Jangan kita terus lalai dan alpa melayani kerenah duniawi lalu hanyut di arusnya. Nauzubillah. Bersamalah kita berlumba-lumba menambahkan segala macam amalan demi keredhaan Allah SWT. Sekiranya ketika itu ajal datang menjemput, adakah sudah cukup dengan amalan yang dibawa untuk kita meraih syurga ya Rabb? Mampukah kita?

Sebenarnya. Semakin kita bermuhasabah diri, semakin kita menangisi Ramadan yang bakal berlalu pergi nanti. Malah, sangat berharap dan menanti Ramadan akan kembali lagi. Pasang azam. Pasang niat. Berazamlah agar dapat beribadat dan beramal dengan sebaiknya pada bulan penuh rahmat ini.

Andai ini Ramadan terakhir untuk kita, ruang mana lagi untuk kita perbaiki diri dan beribadat kepadaNya khusus pada bulan Ramadan yg penuh berkat dengan limpah rahmat-Nya ini? :(

Aku menaip di sini bukan untuk menunjuk bagus malah untuk berbongkak. Nauzubillah. Aku hanya insan biasa penuh dosa. Aku nak mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu. Dan untuk semua umat islam yg dikasihi Allah sekalian.

Mari kita sesama umat Islam saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Ayuh! kita yang bertanggungjawab kepada agama kita. Bangkit. Upgrade taqwa.




No comments: