Wednesday 28 March 2018

TIPS MUDAH KEJUT ANAK BANGUN PAGI


Kejutkan anak-anak bagai cabaran harian dalam hidup anda? Ibu bapa yang bekerja pasti tergesa-gesa setiap pagi untuk kejutkan anak pergi ke sekolah. Jika mereka menangis dan melemparkan tantrum sana sini, pasti ia memberikan cabaran yang sukar untuk ibu bapa mengawal mereka.

Ibu bapa perlu banyak bersabar dengan kerenah anak susah bangun pagi. 

Hari ini saya sertakan beberapa tips yang boleh diamalkan ibu bapa untuk membantu anak mereka mudah bangun pagi setiap hari:

.
1        1)        Kejut anak dengan hati penuh kasih sayang
-  Legakan hati pandang lah anak dengan penuh kasih sayang, dan sebolehnya kejut mereka dengan berhemah. Jauhi kata-kata kesat atau tidak baik kepada anak-anak kerana bakal merosakkan mood mereka.

    2)     Disiplinkan mereka dengan aktiviti Subuh
- Setiap pagi, didik mereka bahawa mereka perlu mendirikan kewajipan untuk solat subuh selepas membersihkan diri. Jika anak sudah terbiasa, pasti mereka berasa serba salah jika terlepas menunaikan kewajipannya.

   3)      Latih mereka tidur awal
- Setiap malam sebelum tidur, ibu bapa perlu pastikan anak-anak sudah tidur dengan lena untuk elakkan mereka tidur lewat dan tidak mendapat rehat yang cukup. Simpan gadget anak-anak untuk elakkan mereka bermain gadget secara sembunyi sebelum tidur.

4)        Didik mereka agar baca doa sebelum tidur
- Apabila anak-anak terdidik baca doa sebelum tidur, mudahan mereka lebih senang bangun pagi kerana dijaga Malaikat hingga pagi subuh.

5)        Pujuk mereka bangun pagi dengan sarapan kesukaan
- Jika perlu, bawa makanan ke katil untuk memujuk mereka bangun pagi. Contohnya, “ibu penat-penat buatkan abang punya breakfast ni, bangunlah nak”


Moga ibu bapa sentiasa bersabar melayan kerenah anak-anak, dan sentiasa memperbaiki diri dan teknik keibubapaan dalam mendidik anak-anak agar berjaya bahagia Dunia dan Akhirat.

Tuesday 27 March 2018

Jus Smart IQ Penyelamat Anak Jadi Semangat Belajar!

Ibuayah mana tak risau kan kalau anak2 malas belajar. Nak marah pun tak kuasa dah. Bila result exam keluar, anak relax je result C D E.. Mak ayah yang stress anak tak boleh skor, pergi sekolah hari2 tapi result macamtu jugak......
.
Bukan nak marah sangat pun, yelah cemane pun tu tetap anak. Tapi kalau boleh teringin sangat nak anak semangat study, rajin belajar tak perlu disuruh, pastu result kebabom tiap kali exam macam anak2 org lain.
.
Bukan apa, asyik berangan je anak dah besar nak sangat dia jadi doktor ke, peguam, engineer, tak kisah lah apa punnn janji anak berjaya. Mak ayah ni hanya mampu tumpang gembira je dan bangga dengan anak-anak!




.
Mak ayah, jika anda berhadapan dengan situasi di atas, jom beri anak anda peluang dengan amalkan Jus Smart IQ dan nantikan perubahan positif dr anak2 yg tersayang. Siapa tahu Jus Smart IQ mampu mengubah segalanya?
.
“Assalamualaikum encik. Encik masih ingat kat kak rosmawati yang order Jus Smart IQ genius dekat encik. Alhamdulillah anak kak kata sedap jus ini. Sejak anak kak minum jus ini anak kak bersemangat untuk belajar. Sekarang ini anak kak dok belajar baca surah Yasin.”
-Kak Rosmawati.
.
Testimoni terbaru yang berpuas hati dengan penggunaan Jus Smart IQ kepada anaknya, anak anda bila lagi?
.
Jus Smart IQ dapat membantu anak :
 Meningkatkan Antibodi
 Meningkatkan Kecerdasan Minda
 Membantu Tumbesaran
 Mengekalkan Kesihatan
 Meningkatkan Fokus
 Mengurangkan Sinus
 Sukar Memahami
 Sukar Mengingat
 Lambat Menulis

Monday 26 March 2018

Tips Mendidik Anak Berakhlak Terpuji

Di era modenisasi kini, ibu bapa lebih cenderung mendidik anak menjadi pintar dengan bantuan gadget, alat elektronik, dan sebagainya. Namun begitu, anak-anak juga perlu dididik dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi agar mereka membesar dengan menjadi insan yang berakhlak mulia dan menyenangkan hati.

Kasih sayang anak dengan ibu ayah tiada tolok bandingnya dan membawa ke Syurga.


Kadang kala, mereka leka bermain dengan gadget hingga tidak menghormati orang tua dalam rumah. Fenomena ini apabila berlarutan, ia bakal menjejaskan hubungan baik anak-anak dengan ibu bapa, justeru lebih sukar untuk memantau aktiviti mereka.

Waima itu, apabila jurang antara ibu bapa dan anak semakin besar, anak-anak akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya malah lebih teruk, mereka boleh dihanyut ke arah lembah kehinaan dengan jenayah sosial remaja dinihari.

Jom kita terjah antara tips yang boleh dipraktis oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak kesayangan mereka agar membesar dengan berakhlak terpuji dan bijak pandai:
.
1) Ibu bapa sebagai Role Model – Hormati orang yang lebih tua
→Ibu bapa haruslah sentiasa mempamerkan teladan dan adab yang baik terhadap orang yg lebih tua agar mereka sedar kepentingan menghormati orang lain. Tamsilnya, ibu bapa haruslah menghormati dan memuliakan orang tuanya agar anak-anak menyedari betapa tingginya nilai ibu ayah dalam kehidupan.


2) Didik anak-anak mempunyai rasa empati kpd insan yang memerlukan
→Ibu bapa perlulah mendidik hati anak-anak agar punyai rasa empati kepada insan yang memerlukan dan suka membantu meringankan beban orang lain. Apabila anak-anak sering dididik sebegini, mereka akan berasa puas dan seronok membahagiakan orang lain dengan memudahkan urusan mereka. Secara tidak langsung, mereka akan terdidik untuk selalu berbaik hati kepada orang lain dan mengalah demi kebahagiaan mereka yang memerlukan. 


3) Sentiasa mengisi jiwa anak-anak dengan pengisian spiritual yang baik
→Ibu bapa perlu rajinkan diri memberi pendedahan spiritual kepada anak-anak agar jiwa mereka sentiasa terdorong untuk melakukan kebaikan. Hati anak-anak lebih lembut dan mudah dilentur jika sering didedahkan dengan nilai-nilai spiritual yang baik.


4) Tegas membetulkan kesalahan yang mereka lakukan
→Buang sikap marah, anak-anak hanya akan menghormati anda atas dasar takut bukan hormat. Jika anak berbohong, beritahu mereka dengan tegas akibat buruk dari kesilapan yg mereka lakukan. 


5) Sering menceritakan buku cerita dongeng
→ Buku cerita tersebut mengandungi banyak nilai-nilai murni yang dapat kita ceritakan kepada anak-anak agar mereka sedar pedoman dan tauladan yang perlu mereka praktiskan dalam kehidupan seharian.


Didiklah anak-anak menjadi insan yang berguna dengan penuh kasih sayang.

Semoga anak-anak anda membesar dengan baik dan dijadikan insan-insan yang terpilih punyai akhlak yang terpuji dan menyenangkan orang lain. 

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"