Wednesday, 28 March 2018

TIPS MUDAH KEJUT ANAK BANGUN PAGI


Kejutkan anak-anak bagai cabaran harian dalam hidup anda? Ibu bapa yang bekerja pasti tergesa-gesa setiap pagi untuk kejutkan anak pergi ke sekolah. Jika mereka menangis dan melemparkan tantrum sana sini, pasti ia memberikan cabaran yang sukar untuk ibu bapa mengawal mereka.

Ibu bapa perlu banyak bersabar dengan kerenah anak susah bangun pagi. 

Hari ini saya sertakan beberapa tips yang boleh diamalkan ibu bapa untuk membantu anak mereka mudah bangun pagi setiap hari:

.
1        1)        Kejut anak dengan hati penuh kasih sayang
-  Legakan hati pandang lah anak dengan penuh kasih sayang, dan sebolehnya kejut mereka dengan berhemah. Jauhi kata-kata kesat atau tidak baik kepada anak-anak kerana bakal merosakkan mood mereka.

    2)     Disiplinkan mereka dengan aktiviti Subuh
- Setiap pagi, didik mereka bahawa mereka perlu mendirikan kewajipan untuk solat subuh selepas membersihkan diri. Jika anak sudah terbiasa, pasti mereka berasa serba salah jika terlepas menunaikan kewajipannya.

   3)      Latih mereka tidur awal
- Setiap malam sebelum tidur, ibu bapa perlu pastikan anak-anak sudah tidur dengan lena untuk elakkan mereka tidur lewat dan tidak mendapat rehat yang cukup. Simpan gadget anak-anak untuk elakkan mereka bermain gadget secara sembunyi sebelum tidur.

4)        Didik mereka agar baca doa sebelum tidur
- Apabila anak-anak terdidik baca doa sebelum tidur, mudahan mereka lebih senang bangun pagi kerana dijaga Malaikat hingga pagi subuh.

5)        Pujuk mereka bangun pagi dengan sarapan kesukaan
- Jika perlu, bawa makanan ke katil untuk memujuk mereka bangun pagi. Contohnya, “ibu penat-penat buatkan abang punya breakfast ni, bangunlah nak”


Moga ibu bapa sentiasa bersabar melayan kerenah anak-anak, dan sentiasa memperbaiki diri dan teknik keibubapaan dalam mendidik anak-anak agar berjaya bahagia Dunia dan Akhirat.

No comments: