Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul, Kasih Sayang Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum, Salam Maulidur Rasul :)




Seperti yang mana kita tahu, Nabi Muhammad SAW merupakan idola kepada semua umat Islam kerana keperibadiannya yang ma'sum dan terpuji. Baginda meluahkan rasa kasih sayang pada umat-umatnya sehinggakan di saat akhir kematiannya juga baginda masih bertanyakan tentang umat-umatnya. Baginda tersenyum apabila Malaikat Jibril berkata bahawa umat Nabi Muhammad SAW akan dihisap terlebih dahulu daripada umat-umat nabi yang lain. Khalimah terakhir yang keluar daripada mulut baginda,


" Umatku, umatku, umatku "


Subhanallah betapa kasihnya Nabi Muhammad kepada kita, umatnya. Hm di sini terdapat beberapa cara Rasullulah berkasih sayang sepanjang menyampaikan dakwah agama Allah, islam.

 - Ketika berhijrah ke Madinah dan memulakan dakwahnya, Rasulullah telah dibaling batu oleh kanak-kanak dan golongan dewasa penduduk kota tersebut. Pernah juga terjadi ketika baginda menunaikan solat, tetapi baginda lansung tidak memarahi mereka. Malah baginda berdoa, " Ya Allah, berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui tentangku. "


-  Rasulullah baik hati kerana selalu membantu para sahabat dan umatnya tanpa mengira latar belakang mereka. Jika ada sesiapa yang meminta pertolongannya, baginda akan sedaya upaya membantu. Baginda juga bersabda, 

" Barang siapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan tunaikan 70 hajatnya "


-  Seorang wanita tua bukan Islam selalu membaling najis dan menabur duri di sepanjang jalan yang dilalui Rasulullah. Begitu bencinya wanita tersebut kepada baginda. Tetapi Baginda lansung tidak menghiraukan kelakuan buruk wanita tersebut. Malah, nabi menziarahi ketika dia uzur. Dia terharu melihat kebaikan nabi lalu memeluk Islam.

-  Seorang Arab Badwi membuang air kecil di satu sudut di dalam masjid. Perkara kotor ini membuatkan para sahabat naik marah. Baginda pula hanya berdiam diri dan tunggu si polan melunaskan hajatnya. Selepas itu, baginda membasuh najis tersebut lalu memberitahu tentang adab-adab ketika di masjid kepada si polan tersebut.

- Perbezaan paling ketara antara kita dan insan terpuji ini ialah baginda selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi mereka yang memerlukan sama ada bertanya khabar ataupun bertanya tentang keperluan mereka. Baginda langsung tidak pilih bulu kerana sentiasa berbual dan makan bersama orang-orang miskin yang melarat. 

Selawatlah, sayangilah, cintailah Rasulullah. Sepertimana Baginda mencintai kita sbg umat-umatnya. Semoga sama-sama kita mendapat syafaat dari Baginda kelak di Hari Perhitungan.


Dipetik dari : Majalah Dara

No comments: