Tahukah anda bahawa perkembangan anak-anak berkait rapat dengan personaliti dan sikap mereka dari masa ke semasa?
Ibu bapa perlu lebih memahami perkembangan anak-anak dengan
menyediakan nutrisi yang baik, tahap kesihatan yg bagus, dan mendidik mereka
dengan akhlak yang terpuji. Anak-anak adalah amanah yang dipertanggungjawabkan
kepada ibu bapa untuk dibentuk dan dididik menjadi insan yang berguna dan berjaya.
Bantulah perkembangan anak-anak anda dengan nutrisi yang baik, tahap kesihatan
yang optimum, dan akhlak terpuji.
Namun, kadangkala mereka terlepas pandang beberapa perkara
yang boleh menjejaskan perkembangan anak-anak secara fizikal, mental, dan
emosi, tanpa menyedari mereka telah mencacatkan perkembangan mereka dalam
senyap.
PERBUATAN KEJAM IBU BAPA YG BOLEH MENCACATKAN PERKEMBANGAN
ANAK-ANAK KESAYANGAN ANDA:
1) Memaksa mereka faham dan menerima keadaan
seperti orang dewasa.
- Ibu bapa perlu ketahui bahawa perkembangan
anak-anak terbatas dengan umur mereka. Ibu bapa tidak boleh memaksa anak-anak
memahami keadaan seperti orang dewasa, hal ini kerana ‘Reasoning Power’ mereka
belum lagi kuat, dengan tahap pemikiran mereka yang belum matang dan berkembang
sepenuhnya.
2) Menggunakan kekasaran untuk menghentikan
perbuatan salah mereka.
-
Tegurlah anak-anak dengan berhemah, tanpa mereka
berasa takut dengan pukulan dan herdikan dari ibu bapa. Anak-anak perlu dididik
dan dibentuk dengan norma-norma kehidupan yang baik, tanpa diherdik dan
dipukul.
3) Jangan membiasakan anak-anak dengan jeritan dan
pukulan.
-
Anak-anak apabila sering dimarahi dan dipukul,
perkembangan mereka akan terbantut dan menjejaskan prestasi IQ mereka, sehingga
boleh menyebabkan anak menjadi lembap. Apabila dimarahi berterusan, anak-anak
juga boleh jadi ‘time bomb’ di mana apabila sudah besar nanti, mereka akan
meledakkan segala kemarahan yang terbuku di dalam hati.
4) Didiklah anak-anak dengan penuh sabar dan
tenang.
-
Ibu bapa perlu menyedari bahawa sedikit sebanyak
personaliti anak-anak terbentuk dari apa yang mereka perhatikan dari kecil,
jadilah ibu bapa yang tenang dan sentiasa memahami anak-anak agar mereka
membesar dengan suasana yang harmoni dan mendamaikan jiwa.
Tegas untuk dihormati, bukan garang untuk digeruni.
Setiap anak-anak punyai karakter mereka yang tersendiri.
Kenali anak-anak anda dan bantulah perkembangan mereka dengan baik, dengari dan
fahami anak-anak anda, agar menjadi kebanggaan ibu bapa apabila mereka besar
kelak.
No comments:
Post a Comment